Friday, January 21, 2011

Cerita Lawak..Bukan Sengaja..Cuma Rekaan..

Kisah Mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Monday, January 3, 2011

Evolusi Facebook


Sape Xde Facebook Memang Xtaw la Nak Cakap Pe Kan.Sini AKu Akan Kongsi Ape Yang AKu Dapat Pasal Facebook



Pengasas Facebook



Umur : 23 years old Projek : Facebook Kekayaan : $700 million


Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) adalah seorang pengaturcara komputer dan usahawan. Sebagai seorang mahasiswa Harvard, ia mencipta website sosial network Facebookbersama rakan sekolejnya, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Facebook adalah suatu laman rangkaian sosial popular di seluruh dunia. Zuckerberg Facebook menjawat jawatan sebagai CEO. Di awal kemunculannya kontroversi telah timbul dimana orang mempersoalkan asal-usul perniagaan dan kekayaannya. Time Magazine menambah Zuckerberg sebagai salah satu dari The World’s Most Influence People 2008 di bawah kategori Saintis & Pemikir dalam fenomena web dengan kedudukan 52 daripada 101 orang.

Perubahan Facebook dari dulu hingga sekarang

Facebook 2004


2006


2007


2010


Facebook sekarang 2011


Lepas Nie xtahu la ape yang akan diupgrade oleh Facebook crew untuk kita semua kan...nantikanlah kalau ada..hehe...

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN !!

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian







Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.





Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.


"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"








Aku Forwad Mesej Yang DIberikan...Terpulang Pada Diri Masing2 Untuk Ikut Ke Tak Ok....Tata.....^^