Tuesday, December 8, 2009
BulU KeTiaK Jais(RekaanN SeMata-Mata)
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita
gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat
masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.
"Mak...!!! Mak...!!!!
Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya.
Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat
anaknya itu.Tercungap- cungap bagaikan dikejar harimau.
"Kenapa ni Jais?"
Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.
"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok
nimak... heheh ehehe..."
Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang
baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci
panjangnya.
"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi
mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."
J ais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilikm mandi. Dalam hatinya
menyanyi nyanyi.... 'Yeah...yeah. ..dah tumbuh...bulu ketiak aku dah
tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu
ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit
conditioner. Selepas mandi Jais
membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba
disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya
sepertim menatang minyak yang penuh.
Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak
sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak
ceritakan pada kawan-kawannya.
Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu
kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan
Jais tak ada bulu ketiak sepertinya.
Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid
bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!"
Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.
"selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid. "
Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail
yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian
tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.
'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat
satu karangan. Tulis
mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang.Kucing ker, adik kamu
ker, tak kira la... apa-apa saja."
Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Dudukdi
kerusi.
Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yangdisuruh. Semua murid
mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat
begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.
'Bulu ketiak saya.
Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya
sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang
ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.
Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah
saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh
cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah
ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban
ayam.Tunggu ayam bertelur.
Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya
sayang bulu ketiak saya.
Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu- cikgu Jais pun
ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti
Jais dah tumbuh bulu ketiak.
Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan
persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahn ya. Jais sayang
kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais
nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid
darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.
"Jais mari sini..!!"
Salah seorang dari mereka memanggil Jais.
"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk. .!!. Kami
nak tengok..!!"
Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut.
Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke
arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya.
Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak
peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.
"Jangan la... jangan...jangan. .!!!
Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambilmenangis. Tiba-tiba salah
seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu
ketiak Jais.Mereka ketawa....
"Hahahahahaha. ..!!" "Mari....mari. .!! Sapa nak tengok bulu ketiak
Jais..!!"
"Lelong....lelong. .!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu
ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha. ...!!!!
Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuliJais. Jais menangis.
Terbaring Jais keletihan. Lemah longlaitubuhnya. Bagaikan seorang gadis
yang dicabul kehormatan.
Jaismeraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga
manusia yang tak
berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu
berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.
"Huwaaaaa... ..!!!!!!! !""Huwaaaaa. ....!!!!! !!!'
Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak
mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada.
Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.
"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat
tu."
"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la
bulu ketiak Jais tu."
"Esok pergi sekolah yer..."
Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukka n kepalanya.
Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di
hatinya..... Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki
melihat kelebihannya? ... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah
susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu
ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.
moral of the story:
------ Inilah kehidupan wahai Jais
Thursday, October 22, 2009
Peribahasa Moden Seiring dengan Peredaran Zaman
Peribahasa Moden Seiring dengan Peredaran Zaman
1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu asik nak beromen aje.
2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu, kalau dia berenti akhirnya dia gerenti start balik punyer
3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus
4. Biar putih tulang jgn putih muker
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak. Be proud of what you are.
5. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk
Maknernyer: Kentotlah…
6. Seperti kacang luperkan mama
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri tak kenang jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan dia.
7. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang. Check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke tengah ke baring ke.
8. Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?
9. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.
Jadi kalau anda ada lagi peribahasa moden yang lain, jangan segan-segan untuk comment. He Hee…
Wednesday, September 30, 2009

7. Larry Page (36 tahun/AS) dan Sergey Brin (35 tahun/AS)
Google, mesin pencari yang mampu menampilkan segala jenis informasi ini, disukai ramai orang terutamanya para mahasiswa. Hhanya dalam tempoh waktu beberapa tahun sahaja, Google mampu berkembang amat pesat dan mengaut keuntungan jutaan dollar AS. Kini, Google bisa disebut sebagai mesin pencari nombor satu di dunia.
Kisah kejayaan Larry Page dan Sergey Brin dalam menciptakan dan mengembangkan Google telah menjadi inspirasi bagi banyak orang muda di dunia ini, khususnya para penggemar teknologi informasi. Mereka berharap mampu menghasilkan program baru yang berguna bagi masyarakat dunia dan menguntungkan mereka.

6. Blake Aaron Ross (23 tahun/AS)
Mozilla kemudian digabungkan dengan Firefox, program yang diciptakannya bersama Dave Hyatt. Ssetelah itu, namanya menjadi Mozilla Firefox.
Dengan cepat, Mozilla Firefox diterima para pengguna internet di dunia. Ia, antara lain, dinilai lebih selesa dan mudah dipakai. Ia juga dinilai mampu merebut sebahagian "pasar penjelajah" internet, yang selama ini dikuasai oleh Microsoft Internet Explorer.
Banyak orang memuji kejayaan Blake Ross. Direktor engineering Yayasan Mozilla, Chris Hoffman, mengatakan, “Dalam dunia ‘Open Source’, posisi seseorang tergantung pada keahliannya. Dan Blake Ross memiliki semua keahlian yang dimahukan.”

5. Tom Anderson (38 tahun/Amerika Syarikat)
Saat ini, MySpace adalah salah satu jaringan sosial paling besar di dunia, yang bersaing hebat dengan Facebook. MySpace telah digunakan lebih dari 100 juta orang, dengan pengguna terbesar berasal dari kawasan Amerika Syarikat.
Kelebihan MySpace terletak pada bidang muzik. Ketika kemudahan muzik terbaru “audio streaming” dilancarkan pada 25 September 2008, hanya dalam beberapa hari saja, jutaan lagu yang didengari oleh para penggunanya. Kelebihan ini membuat ramai orang mengandaikan bahawa MySpace mampu mempengaruhi industri muzik di internet.

4. Matt Mullenweg (25 tahun/AS)
WordPress menjadi popular dalam waktu singkat. Alasannya, web ini mudah digunakan dan selalu diperbarui. Hingga tahun 2008, tercatat 230 juta pengakses tetap dengan 6,5 milion halaman WordPress yang telah di bina, dan 35 juta posting baru dengan tambahan kira-kira empat juta posting setiap bulan.
Matt, yang pernah datang ke Jakarta pada Januari 2009 ini mengatakan, beliau tidak akan menjual WordPress kepada perusahaan besar dengan harga’ selangit’. Beliau menambah, tidak mencari keuntungan dari WordPress. Keuntungan sudah beliau dapatkan dari beberapa perusahaan, yang dimilikinya.

3. Jerry Yang (40 Tahun/Taiwan-AS) dan David Filo (42 tahun/AS)
Tahun lalu, perusahaan raksasa Microsoft ingin membeli Yahoo!. Nilai tawaran yang dibicarakan: 44,6 milion dollar AS . Rencana ini tidak kesampaian. Setelah itu, Microsoft dan Yahoo! tidak menampakkan kemungkinan akan bekerjasama di masa akan datang.

2. Steve Shih Chen (31 tahun/Taiwan-AS), Jawed Karim (30 tahun/Jerman-AS), Chad Hurley (32 tahun/AS)
Mereka adalah pencipta web “perkongsian video online”, YouTube. Mereka membina YouTube pada 2005. Ketika itu, Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun.
Pada Oktober 2006, YouTube diambil alih pemilikannya oleh Google. Nilainya: 1,65 milion dollar AS

Wednesday, April 22, 2009
Ha...this is my dream handphone..baru nie da kuar da yg 3g.duit sket lg nk kn kumpul nak beli henset nie..Monday, April 6, 2009
Saturday, April 4, 2009
Record
Virus Baru Menyerang
CyberSecurity usaha tangani Conficker.C
KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan cecacing Conficker.C kepada pengguna komputer.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.
"Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Conficker.C adalah versi cecacing yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.
Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta cecacing conficker untuk dapat kembali arahan mengenai "what to do next" ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").
CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html
Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani cecacing tersebut.
"Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai cecacing Conficker.C.
Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama
Penghuni Gua : saya sudah ambil tindakan seperti yang disarankan oleh NISER. Ia mengikut langkah seperti yang dicadang di laman Niser iaitu :http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html.
Kesannya amat baik. Hasilnya komputer Penghuni Gua samada bila buka Internet dan lain-lain program, datanya terbuka dan akses maklumatnya bagai halilintar kepantasanya. jadi ambil tindakan segera untuk " Remove " benda buruk ini. Ikut langkah di bawah tajuk Mitigation di laman web Niser iaitu http://download.eset.com/special/EConfickerRemover.exe .Ini program yang bagus. Penghuni Gua baru saja selesai ambil tindakan. Hasilnya " WOW ". Ia lambat laun akan menjahanamkan komputer anda jika terlewat.Segerakan.
Friday, April 3, 2009
Ikbn Dilanda Kemaruk Online Wireless
Sejak sekian lame,sem ini ikbn mula mendapat wireless yang free public...
so kalu da xde kluz kitowang mulelah on9 jerk kejenye...sebab 2 dari ari pe ntah membe2 aku asyik tnye nape aku sntiasa on9...
nie lah jawapannye...masing2 mengadap laptop...aku sebenarnye manelah ade laptop.asyik pinjam kat membe je tp diowang semua sporting...bg jerk...huhu
Monday, March 16, 2009
Semalam,bersamaan 15hb 3 2009,my cousin zuraidah telah bertunang pasangannya,hafiz di rumahnya...tak jauh dari rumahku
selang 5 buah rumah jerk...memang meriah.my tok n nenek pun datang jugak
Anak Sepupu aku yang Comel Sangat













