Saturday, April 4, 2009

Virus Baru Menyerang

Berita Harian30 mac 2009
CyberSecurity usaha tangani Conficker.C
KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan cecacing Conficker.C kepada pengguna komputer.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.
"Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Conficker.C adalah versi cecacing yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.
Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta cecacing conficker untuk dapat kembali arahan mengenai "what to do next" ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").
CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html
Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani cecacing tersebut.
"Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai cecacing Conficker.C.
Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama
Penghuni Gua : saya sudah ambil tindakan seperti yang disarankan oleh NISER. Ia mengikut langkah seperti yang dicadang di laman Niser iaitu :http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html.
Kesannya amat baik. Hasilnya komputer Penghuni Gua samada bila buka Internet dan lain-lain program, datanya terbuka dan akses maklumatnya bagai halilintar kepantasanya. jadi ambil tindakan segera untuk " Remove " benda buruk ini. Ikut langkah di bawah tajuk Mitigation di laman web Niser iaitu http://download.eset.com/special/EConfickerRemover.exe .Ini program yang bagus. Penghuni Gua baru saja selesai ambil tindakan. Hasilnya " WOW ". Ia lambat laun akan menjahanamkan komputer anda jika terlewat.Segerakan.

No comments:

Post a Comment