Wednesday, September 30, 2009


Pemuda Penguasai Dunia



7. Larry Page (36 tahun/AS) dan Sergey Brin (35 tahun/AS)


Mereka melancarkan Google pada 4 September 1998. Saat itu, mereka baru berusia 25 tahun dan 24 tahun. “pejabat” pertama mereka adalah garaj.

Google, mesin pencari yang mampu menampilkan segala jenis informasi ini, disukai ramai orang terutamanya para mahasiswa. Hhanya dalam tempoh waktu beberapa tahun sahaja, Google mampu berkembang amat pesat dan mengaut keuntungan jutaan dollar AS. Kini, Google bisa disebut sebagai mesin pencari nombor satu di dunia.

Kisah kejayaan Larry Page dan Sergey Brin dalam menciptakan dan mengembangkan Google telah menjadi inspirasi bagi banyak orang muda di dunia ini, khususnya para penggemar teknologi informasi. Mereka berharap mampu menghasilkan program baru yang berguna bagi masyarakat dunia dan menguntungkan mereka.


6. Blake Aaron Ross (23 tahun/AS)


Blake Ross adalah pemuda genius yang menciptakan Mozilla, mesin pencarian dan penjelajahan internet. Mozilla dilancarkan untuk umum pada November 2004. Saat itu, usia Blake baru 19 tahun!

Mozilla kemudian digabungkan dengan Firefox, program yang diciptakannya bersama Dave Hyatt. Ssetelah itu, namanya menjadi Mozilla Firefox.

Dengan cepat, Mozilla Firefox diterima para pengguna internet di dunia. Ia, antara lain, dinilai lebih selesa dan mudah dipakai. Ia juga dinilai mampu merebut sebahagian "pasar penjelajah" internet, yang selama ini dikuasai oleh Microsoft Internet Explorer.

Banyak orang memuji kejayaan Blake Ross. Direktor engineering Yayasan Mozilla, Chris Hoffman, mengatakan, “Dalam dunia ‘Open Source’, posisi seseorang tergantung pada keahliannya. Dan Blake Ross memiliki semua keahlian yang dimahukan.


5. Tom Anderson (38 tahun/Amerika Syarikat)


Tom Anderson melancarkan MySpace pada bulan Ogos 2003.Sebahagian sumber menyebut Tom berusia kurang dari 30 tahun ketika menciptakan MySpace.

Saat ini, MySpace adalah salah satu jaringan sosial paling besar di dunia, yang bersaing hebat dengan Facebook. MySpace telah digunakan lebih dari 100 juta orang, dengan pengguna terbesar berasal dari kawasan Amerika Syarikat.

Kelebihan MySpace terletak pada bidang muzik. Ketika kemudahan muzik terbaru “audio streaming” dilancarkan pada 25 September 2008, hanya dalam beberapa hari saja, jutaan lagu yang didengari oleh para penggunanya. Kelebihan ini membuat ramai orang mengandaikan bahawa MySpace mampu mempengaruhi industri muzik di internet.


4. Matt Mullenweg (25 tahun/AS)


Matt Mullenweg adalah pencipta web penyedia blog : WordPress. Beliau membina web tersebut ketika berusia 19 tahun.

WordPress menjadi popular dalam waktu singkat. Alasannya, web ini mudah digunakan dan selalu diperbarui. Hingga tahun 2008, tercatat 230 juta pengakses tetap dengan 6,5 milion halaman WordPress yang telah di bina, dan 35 juta posting baru dengan tambahan kira-kira empat juta posting setiap bulan.

Matt, yang pernah datang ke Jakarta pada Januari 2009 ini mengatakan, beliau tidak akan menjual WordPress kepada perusahaan besar dengan harga’ selangit’. Beliau menambah, tidak mencari keuntungan dari WordPress. Keuntungan sudah beliau dapatkan dari beberapa perusahaan, yang dimilikinya.


3. Jerry Yang (40 Tahun/Taiwan-AS) dan David Filo (42 tahun/AS)


Pada tahun 1995, kedua orang ini menemukan Yahoo!, web pencari kedua terbesar setelah Google. Saat itu, Jerry berusia 26 tahun dan Filo 28 tahun.

Tahun lalu, perusahaan raksasa Microsoft ingin membeli Yahoo!. Nilai tawaran yang dibicarakan: 44,6 milion dollar AS . Rencana ini tidak kesampaian. Setelah itu, Microsoft dan Yahoo! tidak menampakkan kemungkinan akan bekerjasama di masa akan datang.


2. Steve Shih Chen (31 tahun/Taiwan-AS), Jawed Karim (30 tahun/Jerman-AS), Chad Hurley (32 tahun/AS)


Mereka adalah pencipta web “perkongsian video online”, YouTube. Mereka membina YouTube pada 2005. Ketika itu, Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun.

Pada Oktober 2006, YouTube diambil alih pemilikannya oleh Google. Nilainya: 1,65 milion dollar AS

1. Mark Zuckerberg (kini 25 tahun/asal AS)


Ketika menciptakan rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg baru berusia 19 tahun. Beliau membuat Facebook untuk membantu membangun jaringan sosial bagi remaja di kampusnya ketika itu, Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Kini, Facebook merupakan rangkaian sosial terbesar kedua setelah MySpace. Di bawah pimpinannya, web ini terus berkembang hari demi hari. Jutaan pengguna baru terus mendaftar setiap bulan!

No comments:

Post a Comment