Tuesday, December 8, 2009

BulU KeTiaK Jais(RekaanN SeMata-Mata)

Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!!

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita
gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat
masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!!

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya.
Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat
anaknya itu.Tercungap- cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?"

Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok
nimak... heheh ehehe..."

Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang
baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci
panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi
mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

J ais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilikm mandi. Dalam hatinya
menyanyi nyanyi.... 'Yeah...yeah. ..dah tumbuh...bulu ketiak aku dah
tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu
ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit
conditioner. Selepas mandi Jais

membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba
disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya
sepertim menatang minyak yang penuh.

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak
sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak
ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu
kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan
Jais tak ada bulu ketiak sepertinya.

Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid
bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!"

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"selamat pagi cikgu...!!"

"Selamat pagi pagi murid-murid. "

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail
yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian
tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.

"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat
satu karangan. Tulis
mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang.Kucing ker, adik kamu
ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Dudukdi
kerusi.

Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yangdisuruh. Semua murid
mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat
begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.



'Bulu ketiak saya.

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya
sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang
ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah
saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh
cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah
ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban
ayam.Tunggu ayam bertelur.

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya
sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu- cikgu Jais pun
ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti
Jais dah tumbuh bulu ketiak.

Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan
persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahn ya. Jais sayang
kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais
nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid
darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!"

Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk. .!!. Kami
nak tengok..!!"

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut.
Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke
arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya.
Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak
peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan. .!!!

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambilmenangis. Tiba-tiba salah
seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu
ketiak Jais.Mereka ketawa....

"Hahahahahaha. ..!!" "Mari....mari. .!! Sapa nak tengok bulu ketiak
Jais..!!"

"Lelong....lelong. .!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu
ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha. ...!!!!

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuliJais. Jais menangis.
Terbaring Jais keletihan. Lemah longlaitubuhnya. Bagaikan seorang gadis
yang dicabul kehormatan.
Jaismeraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga
manusia yang tak
berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu
berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa... ..!!!!!!! !""Huwaaaaa. ....!!!!! !!!'

Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak
mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada.
Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat
tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la
bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukka n kepalanya.
Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di
hatinya..... Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki
melihat kelebihannya? ... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah
susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu
ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.


moral of the story:

------ Inilah kehidupan wahai Jais

3 comments:

  1. haha...lawak2...tp cite ni xde ending story yg besh r...cube awk pjg kn plak cite ni yea...huu~

    ReplyDelete
  2. hehe..xtaw la cmne nk endingknnye

    ReplyDelete
  3. kne pk la...hihi~
    sy tgu awk smbung cite ni;)

    ReplyDelete