Saturday, September 26, 2009

LAPORAN PERKHEMAHAN HUTAN LIPUR GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

08 MEI 2009 (JUMAAT)

Semua pelajar dan pengajar yang terlibat berkumpul di hadapan Masjid Al-Taqwa, IKBN pada pukul 3.00 petang. Mula bertolak pada pukul 3.30 petang dan sampai di tapak perkhemahan pada pukul 5.30 petang. Kami berkumpul di Dewan Sebaguna Hutan Lipur Gunung Datuk dan diberi sedikit taklimat daripada En Abdul Rahman Penyelaras Tapak Perkhemahan Gunung Datuk. Selepas itu kami diberi taklimat oleh salah seorang Ahli RGS (Rover Group Survival Adventures Enterprise) yang merupakan fasilitator kami.

Kami seterusnya membina khemah dah menyiapkan tempat untuk menyediakan makan. Selepas menunaikan solat dan makan. Pada pukul 10.30 malam kami dikumpulkan semula oleh ahli kelab RGS. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan Neo, Exora, Kenari dan Juara. Pada malam tersebut kami diberi tugasan yang perlu diselesaikan. Selain itu kami melakukan sedikit aktiviti berkumpulan. Sebelum tidur kami di arahkan melakukan sentry (di lakukan oleh pelajar lelaki sahaja)bagi menjaga keselamat di tapak khemah

No comments:

Post a Comment